Akan aku penuhi saat-2ku bersama si dia .
Andai hari esok aku telah pergi jauh , jauh dari alam nyata .
Tuhan .. Engkau jagalah dia
Engkau sayangilah dia
Jangan biarkan hari-2nya kosong tanpa kitab didepannya .
Sayang ..
Berjanjilah padaku
Lupakan segala memori yang pernah kita cipta bersama selepas aku pergi dari dunia ini
Aku tidak mahu kau menanggung derita
Bahagialah kau dengan jodohmu yang Allah tentukan
Kasih ..
Maafkan aku jika di saat ini aku tidak berada di sisimu
Maafkan aku jika aku tidak dapat menemanimu seperti selalu
Maafkan aku kerana tidak memberi kta-2 indah seperti selalu
Percayalah padaku , tidak pernah sekalipun engakau aku lupakan
Bayangan wajahmu sentiasa di ingatan
Kini ..
Aku semakin lemah , Mataku sudah layu
Jagalah dirimu saat aku pergi jauh dari sini selamanya
Kenangkan aku dalam doamu kasih ..
No comments:
Post a Comment