Thursday, 15 December 2011

scha adah

@beREnaPpuPPy

Berapa ramai lelaki yang sanggup korbankan air mata demi seorang wanita - saksikan cerita ini .

            aku ingin bercerita tentang seorang lelaki yang bergelar seorang suami seorang wanita yang sedang sakit . Dia juga adalah seorang bapa kepada anak lelaki yang baru berumur 1 lebih . Pengorbanan lelaki ini memang sukar untuk di jumpai oleh lelaki-2 lain yang ada di luar sana . Memang aku akui lelaki ini sudah beberapa kali menitiskan air matanya kerana tidak sanggup akan penderitaan isterinya . Sudahlah begitu , dia pula harus menjaga anaknya yang sering menangis . Tak boleh berjauhan dengan si bapa sikit pun pasti akan merengek . mungkin telah di manjakan dari kecil .

      Malam pertama kami sekeluarga menetap di rumahnya  untuk melihat keadaan isterinya yang berada di hospital ampang , dia bercerita kepada kami akan kesusahan yang dia sedang alami sekarang ini . sedang dia bercerita , keadaan di da lam rumah menjadi kelam , sunyi . masing-2 melayan perasaan masing-2 . lelaki itu turut menangis .

    Keesokan harinya , kami siap-2 untuk ke hospital ampang . kira-2 sejam dari kajang ke ampang . Sesampainya di hospital ampang , aku dan keluarga aku masuk untuk melihat keadaan isterinya yang dikatakan mengalami sakit barah hati . aku masuk ke dalam wad tersebut bersama emak saudaraku yang ku panggil mak long . Mak long ku terus bergegas kepada wanita itu . mereka bersalaman sambil ada tangisan di antara mereka dan juga aku . Ya allah , kurus sungguh wanita ini . pucat lesu wajahnya . Aku pula bersalaman dengannya . Aku dapat rasakan ada air mutiara yang jatuh ke pipiku .

   Setelah beberapa minit kami berada di situ , akhirnya kami meminta izin untuk pulang ke rumah . Sekali lagi aku masuk ke dalam bersama mak long ku untuk bersalam dengan wanita itu buat terakhirnya . Aku menciumnya . Sambil berjalan aku melambaikan tangan sambil berkata "jaga diri tau" .

     Sesampainya di tingkat bawah , kami berjumpa dengan suaminya untuk meminta diri pulang ke Pulau Pinang . Aku bersalam dengan lelaki tersebut . Ya allah , kau tabahkanlah hatinya untuk menempuh liku-2 hidup . Berapa ramai lelaki yang kita lihat berkorban demi seorang perempuan .

#wanita itu bernama norizan emak saudaraku yang ku panggil mak busu dan lelaki itu juga bapa saudaraku yang ku panggil pak busu .  Kisah ini BENAR-2 terjadi .